Tuesday 8 January 2013

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

BAB 2: Konsep-konsep Asas Hubungan Etnik

Hai buddy's..Hari ni Cikgu Nadzim rase mcm rajin nak update blog pulok...
Mane tidaknya, tajuk yang lec ajar hari ni quite interesting kot berkenaan KONSEP2 ASAS HUBUNGAN ETNIK...

Terbahagi kepada 3 jenis konsep iaitu
A. Konsep Masyarakat
B. Konsep Budaya dan
C. Konsep Peraduan dalam Integrasi

Hari ni Cikgu nak cite pasal yang A je....next week tunggu Lecture bagi kuliah dlu baru post baru pulok....

A. Konsep Masyarakat 

Masyarakat ni ialah satu kelompok atau golongan yang hidup bersama di suatu tempat dengan lifestyle yang berbeza. Individu, keluarga dan kumpulan2 kecil merupakan sebahagian daripada masyarakat or ia merupakan anggota yang tinggal bersama dan bergabung membentuk masyarakat..... Senang je kan nak ingat??? I hope so
   Untuk pengetahuan u all jagak dalam tajuk ini, banyak item2 yang penting untuk kita hafal.... Cikgu pun x sure dapat hafal ke x???Ayoyoyoyoyo....Antara item2 nyer ialah:
                                         
ETNIK : ialah kelompok yang sama budaya.....such as Melayu, China, India dan lain2.

RAS : Kelompok yang sama fizikalnyer....macam Melayu...ade pecahannyer pulak iaitu Melayu Kelantan, Melayu Sabah.

PREJUDIS : Perasaan or felling yang tersemat dalan diri tentang sesuatu etnik, dengan kata lain berprasangka buruk.

STEROTAIP : Selalu Cikgu dengar perkataan ini, but x pernah nak cari maksudnyer....So, maksudnyer ialah Kenyataan yang x baik terhadap sesuatu bangsa.... Examplenyer ialah...org melayu kata orang cina ni kotor sebab basuh berak dengan tisu.....manakala, orang cina percaya bahawa orang melayu ini kebanyakkannya pemalas..TERASA beb...haha..

RASISME : Kepercayaan atau pandangan yang x baik or negatif terhadap ras lain.  Lebih kepada kepercayaan dalaman dan bukan melalui kenyataan seperti Sterotaip. Contoh Cikgu dok leh wi...dok tau.... ^_^

ETNOSENTRISME : Percaya atau rasa bangga bahawa bangsa or kaum mereka lebih berjaya daripada kaum lain....dok baik kalau kito ado perasaan gini...

DISKRIMINASI : Ialah tindakan atau aksi terhadap ras lain....Contohnyer....British pilih kasih dan kejam terhadap penghuni tanah melayu......Berlaku x adil kepada golongan tertentu (org cina kurang mendapat keistimewaan)..

B. Konsep Perpaduan dan Integrasi

Dalam tajuk ni pulak, ade item2 yang penting yang perlu awok2 sekalian ingat dlm otak. Antaranya ialah:

AMALGAMASI: Percampuran budaya + ras membentuk kelompok baru dan mengamal budaya baru....Contohnyer Portugis+Cina = Serani.

ASIMILASI: Proses penyerapan budaya lain, membentuk budaya baru. Contoh paling clear dlm masyarakat Malaysia ialah, Baba and Nyonya.

AKULTURASI: Proses penerimaan unsur kebudayaan dalam diri dan kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Contohnyer, budaya makan dalam inggeris ialah dengan menggunakan sudu and garfu, so rakayat melayu di Malaysia turut menerima adat tersebut dan mengamalkannya sehingga sekarang....BTW, makan guna sudu ni leceh sgt, dah la kena hafal sudu kecik,sudu besar and a lot....menyampah....

AKOMODASI: Menghormati norma budaya orang lain, but hargai diri kita dulu. Contohnya, masyarakat cina di Malaysia gemar makan daging B++i, so kita kena hormat la ape yang diorg makan, but kita kena firstkan halal dan haram dalam islam......

SEGREGASI: Pengasingan antara kaum.

C. Konsep Budaya

Ape itu budaya?? Budaya ialah satu cara hidup or lifestyle in BI yang diamalkan oleh kumpulan tertentu yang meliputi sosial, ekonomi dan politik....Example, budaya melayu diamal oleh kebanyakkan orang melayu berdasarkan sosial, ekonomi dan politik mereka.

Kamus Dewan (2008), mendefinisikan budaya ialah kemajuan fikiran, akal, budi, bekelakuan dan sebagainya.

The ways of life of people, ditulis dalam (Dictionary of Philosophy).

Budaya terbahagi kepada 2 iaitu Budaya Benda dan Budaya Bukan Benda.

  • Budaya Benda - Contohnya Permainan (Wau, Gong)
  • Budaya Bukan Benda - Kepercayaan, adat istiadat, undang2 tradisional (adat temenggung and pepatih).

Antara kepentingan pembentukan budaya ialah:

  • Wujudkan identiti (sesebuah bangsa ada jati diri).
  • Memupuk kesedaran kebangsaan.
Ciri2 budaya yang perlu kita ketahui ialah:

  • Boleh dipelajari.
  • Bersifat sejagat, dengan kata lain, boleh dikongsi bersama.
  • Adanya pandangan semester "kosmologi". Berkaitan dengan keagamaan.
  • Boleh diwarisi.
  • Boleh dikongsi bersama.
  • Mempunyai unsur simbolik.
Maka dengan itu, berakhirlah sudah penulisan saya berkenaan dengan bab ini......Saya nak ke kelas GERKO pulok pahni....semoga segala pengetahuan yang saya curahkan dalam tajuk ini dapat memberi manfaat kepada pembaca.......and jangan malu2 singgah kat blog saya sekali lagi ek...Assalamualaikum dan Selamat Petang

2 comments:

  1. sangat berguna...huhuhu pas tok final... thanks a lot..perkongsian yang berguna.

    ReplyDelete
  2. Tqvm for this....boley diguna pakai utk final on 9hb jan 2014... thank you cikgu!

    ReplyDelete