Friday, 11 January 2013

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU

BAB 1 : Pengurusan Bilik Darjah Sekolah Rendah

Hokaloh lah....rajin pulok doh hari ni saya nok post pasal subjek yang dipelajari....
Subjek EDU 3104 ialah subjek wajip yang perlu diambil oleh guru pelatih di bawah Jabatan Ilmu Pendidikan.... Syo sunggu berbangga dapat lecture sedak sem ni iaitu Puan Mariah dari IPGKKB.... Beliau punya ulasan, first kelas molek awok.....rugi dok dengar molek gapo hok dio royak....sungguh weh...

Tajuk pertama yang saya pertama pelajari bertarikh 9/1/2013 ialah:
A. Konsep Pengurusan Bilik Darjah
    Guru and murid perlu berinteraksi untuk melancarkan perjalanan PDP

  1. Bilik darjah sebagai satu tempat untuk bekerja........ ??? Sape yang bekerjanyer......aaa....that is Cikgu and their students la...Guru sebagai pengajar dan Murid sebagai penerima ilmu yang diajar oleh guru........ Contoh yg lebih jelas, murid sebagai pendengar (penerima), manakala guru sebagai penyampai ilmu (pemberi maklumat).
  2. Sebagai satu sistem ekologi.......??? Ape lah tu, meh sya explain.... Bilik darjah sebagai persekitaran khas (habitat) di mana guru dan murid sebagai (penduduk).  Mereka perlu saling berinteraksi antara satu sama lain untuk menjayakan proses PDP.
B. Ciri-Ciri Bilik Darjah 
Sebagai seorang guru, kita perlu tahu mcm mane ciri2 or karekter sebuah bilik darjah yang baik....
Dolye (1986) mengatakan bahawa bilik darjah yang baik ialah:
  1. Berbagai dimensi - lebih kurang mcm ni la, dlm bilik darjah tu banyak functionnyer.... boleh belajar, boleh buat aktiviti boleh bermain (bermain sambil belajar)....
  2. Unsur Serentak - murid belajar subjek Bahasa Melayu, tpi pada masa yang sama, murid juga belajar cara berkomunikasi dengan betul dan bersosial...
  3. Kesegeraan - guru perlu segera or immediately bagi respon jika murid buat salah...for example, murid bising, cikgu tegur dengan segera bukan tunggu esok baru nak tegur....
  4. Ketidakboleh ramalan- guru yang bijak perlu tahu tindakan yang perlu dibuat jika berlaku ape2 yang spontan...contohnyer, murid tiba2 sakit perut hingga boleh mengganggu PDP, so guru perlu menyelesaikan gangguan itu dahulu baru boleh meneruskan pengajaran.
  5. Keterbukaan/Umum - murid tahu ape yang diajar tanpa merahsiahkannya.... guru ni perlu ajar kpd semua students die, bukan bisik2 dkt yang pandai je....
  6. Sejarah - guru perlu tahu rekod murid, inventori dan pengalaman serta segala yang berkaitan dengan murid....so bile tahu semua ni, senang ler cikgu tengok kelemahan murid dan ape yang perlu dibuat untuk perbaiki....
C. Konsep Pengurusan Bilik Darjah
Ia merupakan prosedur2 or cara2 yang dicipta oleh guru untuk kekalkan persekitaran PDP yag sihat.....
Weber (1999) mendefinisikan Pengurusan Bilik Darjah sebagai:
   "Melibatkan segala aktivti yang dilaksanakan guru utk membentuk dan mewujudkan sebuah iklim bilik darjah yang membantu keberkesanan dan kecekapan pengajaran"

Bilik darjah yang kemas and comel, menjanjikan suasana yang  selesa utk belajar
                                     
Moore (2001) pulak mendefinisikan Pengurusan Bilik Darjah sebagai:
   "Proses mengatur dan melaksanakan segala urusan bilik darjah bagi memastikan pembelajaran yang diharapkan itu dapat berlaku dgn sempurna"

D. Tujuan Pengurusan Bilik Darjah
  1. Pertama ialah, menetapkan cara-cara untuk elakkan masalah pengurusan daripada berlaku dalam bilik darjah...... Contohnyer, cikgu kelas lantik ketua kelas and pembantu ketua kelas untuk bantu cikgu tu uruskan kelas time die tak de or sibuk.......
  2. Tentukan cara-cara dlm memantau tingkah laku murid untuk kekalkan satu iklim bilik darjah..... Aaaa, budak yang nakal tu semestinyer cikgu letak kat depan kan...nilah salah satu contohnyer....dengan adenyer pengurusan bilik darjah, guru dpt tentukan ape yang perlu die lakukan untuk kawal kelas agar dlm keadaan selesa sokmo...bahasa kelatan ler pulakkk....hik2
  3. Memutuskan bagaimana guru akan bertindak bile murid tunjukkan tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah.....Example paling jelas ialah, kebanyakkan murid yang nakal berada di dalam satu group yang same...biase ler, diorangkan satu geng...so guru akan pecahkan group diorg ni....bile dah asingkan tempat....ade yang duduk sebelah pempuan, ade yang duduk sebelah yang brilliant....ape lagi, diam la jawapnyer.....selain itu, denda jgak boleh dijadikan contoh lain...dok siap kerja sekolah kena rotan.....hehe....
  4. Guru dapat tentukan bagaimana die strukturkan semula iklim bilik darjah yang sihat selepas membentuk tingkah laku negatif murid-murid.....X tahu nok bgi contoh awok oi...try tnya lecture masing2 deh...
E. Matlamat Pengurusan Bilik Darjah
  1. Galakkan tingkah laku yang sesuai.
  2. Membentuk suasana pembelajaran yang positif.
  3. Menjalinkan hubungan interpersonal antara guru-murid dan murid-murid.
  4. Menggunakan masa yang diperuntukan untuk pembelajaran dengan optimum.
  5. Tingkatkan penglibatan murid dalam aktiviti PDP.
  6. Mengurangkan  masalah disiplin.
  7. Pengurusan rutin yang berkesan.
  8. Murid belajar mengawal dan uruskan diri sendiri.
F. Strategi Pengurusan Bilik Darjah
Utk pengetahuan u all..... ade 5 strategi or step yang perlu diambil oleh seorang guru untuk mengurus bilik darjah iaitu:
  1. Merancang@plan - pengajaran tu perlu ler merujuk sukatan pembelajaran bagi tentukan objektif dan hasil pembelajaran setelah murid belajar sesuatu topik.Contohnyer, topik yang sesuai, pendekatan yang sesuai (berpusatkan murid or guru), aktiviti dan tugasan yang sesuai dengan tahap pencapaian murid.....
  2. Mengelola@handle - haaa..amek kau, kalau cikgu dok pandai nak handle kelas, mati ler budak2 tu.....ade yang bising, ade yang x tumpun perhatian..so ape jadi, hancur ler PDP cikgu tu....So untuk elak perkara2 mcm ni berlaku, perkara yang perlu cikgu tu lakukan ialah arahan mesti jelas...example, suruh murid diam and ambil perhatian semasa cikgu mengajar, memaklumkan peraturan dan prosedur...Selain itu, menyelaraskan dan atur aktiviti or bahan pembelajaran dan tentukan kedudukan@susunan murid dalam kumpulan....contohnyer, budak yang bising perlu dipecahkan kumpulan mereka,kalu dok bising and dok paham la diorg tentang ape yang cikgu ajar hari tu.
  3. Mengawal - Cikgu perlu tahu lagu mano nak kawal murid di dalam kelas. First, cikgu perlu pastikan keselesaan murid diutamakan. Contohnyer, cikgu korang selalu buat before belajar iaitu bersihkan kelas or kutip sampah bawah meja....Bahan pembelajaran juga perlu cukup bagi elakkan tumpuan atau gangguan akan berlaku...Bimbingan yang lebih perlu diberikan kepada murid yang perlukan perhatian dan bimbingan.....murid yang lambat pickup ni perlu diajar perlahan atau cikgu buat pembelajaran individu kalau die x faham sesuatu topik.....saya salah satu daripada budak yang lambat pickup time sekolah2 dulu...hikhok...
  4. Buat Refleksi - Bukan dekat Uni or Pengajian Tinggi je kena buat refleksi, dekat sekolah pun kena buat weh.....Tapi refleksi di sekolah sedikit berlainan seperti di Uni......Guru perlulah buat analisis dan menilai keberkesanan pengajarannya dengan membuat beberapa perkara, iaitu pertanyaan tentang topik yang diajar, laksanakan ujian.......Perkara ini dapat menunjukkan tahap kefahaman murid....dgn kata lain, murid2 ni pehe ko dok time cikgu mengajat...kalau dok pehe, maksudnyer cikgu tersebut gagal dalam pengajarannyer....
  5. Menjalin Hubungan Guru-Murid - Hubungan gapo gak??? Bukan hubungan yang ngaruts2 ok....hubungan guru dan murid la kawan2 oi.....Guru tu perlulah bersifat dominan daripada muridnyer...jgn duk, murid yang mengajar cikgu la pulak oi....hehe.....Selain itu, cikgu juga perlu bekerjasama dengan murid di dalam kelas...kalau murid  x faham, cikgu beri kerjasama dengan mengajar balik topik yang murid x faham tu.....Ambil berat tentang kebajikan murid-muridnya, kalau murid tu ade masalah dalam hal peribada like sakit perut, demam or what ever, cikgu tu perlulah dahulukan murid tersebut daripada pengajaran coz benda2 mcm ni boleh mengganggu proses PDP.

G. Ciri-Ciri Guru Yang Efektif Dalam Pengurusan Bilik Darjah
Ni la tajuk yang paling saya suko....lagu mano tidoknyo....melalui ciri2 ni dapat saya tahu saya ni betul2 ke ambik bidang ni sebagai bidang profesional sayo......Jom kito tengok, apekah ciri2 guru yang efektif dalam pengurusan bilik darjah ni......
Before that, baca dulu istilah2 yang quite important dalam tajuk G ni:

  • Ciri-ciri = kualiti sedia ada dan dipunyai oleh seseorang
  • Efektif = mempunyai kuasa dan keupayaan untuk mencapai keinginan dan objektif
  • Pengajaran yang efektif = kebolehan@keupayaan membantu murid untuk mencapai obektif pembelajaran yang telah ditentukan.
  • Guru yang efektif = guru yang menggalakkan pembelajaran yang membantu perkembangan koginitif, sosial dan afektif sejajar dengan prinsip2 dan model pengajaran.
  • Keberkesanan guru = hasil yang di dapati oleh guru atau sejauh mana kemajuan yang dicapai oleh murid hasil daripada pengajaran yang disampaikan oleh guru.
  • Pencapaian guru = tingkah laku semasa mengajar
  • Kompetensi guru = tingkah laku yang spesifik yang boleh dikenal pasti seperti ilmu pengetahuannya, kebolehannya dan kepercayaan. Dengan kata lain, ape yang dilakukan oleh guru semasa mengajar.


mencurahkan ilmu dengan ikhas adalah sifat yang mulia  bagi seorang guru
Oklah, kita terus ke ciri2 guru yang efektif dalam pengurusan bilik darjah iaitu terbahagi kepada 3 iaitu:
i. Kualiti Peribadi
  • Guru yang bersemangat dan proaktif.
  • Boleh menunaikan janji.
  • Bior ade integriti dalam diri (jujur dan setulus hati).
  • Perlu ade komitmen dalam menjalankan tugas.
  • Bersikap peramah, mesra, berusaha mengenal muridnya.
  • Sensitif dan peka terhadap perbezaan cara belajar dan keperluan muridnya.
  • Mempunyai perasaan yang bertanggungjawap terhadap tugas sebagai seorang pendidik.
  • Berjenaka dan tidak mudah berputus asa.
  • Guru perlu sistematik (masa dan pengurusan).
  • Sedar akan tanggungjawapnya sebagai pemegang amanah negara.
  • Teliti dalam membuat kerja.
ii. Kompetensi Pengajaran dan Pembelajaran
Ape itu kompetensi??? Kompetensi ialah kecekapan.......Kecekapan guru dalam menggunakan gaya pembelajaran, personalitinya dan kemahiran pengajarannya dalam mendidik murid-muridnya.
  • Penggunaan teknik pengajaran yang berbeza bergantung kepada tahap kefahaman murid.
  • Mahir dalam menggunakan teknik penyoalan.
  • Guru mengamalkan sikap peka tentang semua tingkah laku murid dalam kelas.  Ia juga bermaksud guru perlu mahir memotivasikan diri sendiri dahulu barulah boleh memotivasikan muridnya.
  • Mempunyai kemahiran melakukan lebih daripada satu perkara pada masa yang sama. Contohnya, guru mengajar Bahasa Melayu di dalam kelas, tapi pada masa yang sama guru tersebut mengajar teknik berkomunikasi di dalam pembelajarannya.
  • Kemahiran penilaian, guru dapat mengenal pasti murid yang memerlukan bimbingan dan murid yang perlu diberikan aktiviti penggayaan.
iii. Penghayatan dan Amalan Murni
  • Sebagai role model.
  • Penyayang dan memahami.
  • Mengajar dan amalkan nilai-nilai yang baik serta mengajarnya kepada pelajar.
  • Mendidik secara adil kepada semua muridnya tanpa mengira latar belakang....Tak kira miskin or kaya, anak petani or anak doktor....kite sebagai guru jangan sesekali mengamalkan pilih kasih dalam mencurahkan ilmu...kerna ilmu itu pelita hidup kepada setiap individu yang bergelar pelajar@murid.

Oklah setakat ini sahajalah nota yang dapat saya tulis about Bab 1..rasanya dah betul kot bile lihat perfoma@silibus bagi subjek EDU ni....Saya berharap, para pembaca setidaknya mendapat sedikit pengetahuan tentang tajuk ini...... Semua contoh dan isinya diambil semasa sesi pembentangan kumpulan satu dan ditambah isi and contohnya oleh lecture saya......Sekian Terima Kasih.



BAB 2: Peranan Guru Dalam Pengurusan Bilik Darjah

2.50 tengah malam pd tarikh 22/1/2013 ni sayo beraso rajin nok update blog......So apo lagi, kalu rajin2 gi ni, baiklah sambung ke bab seterusnya dalam subjek EDU ni.....
Pembentang tajuk ni dio sekerat2 jah dan dibentangkan oleh Kelas Pemulihan Sem 3.......Mulo2 mace bosan dengar sep2 dio bentang....tapi, sebab nak dpt ilmu keno paksa diri, mata dan batin untuk mendengar pembentangan......

A. Persekitaran Pembelajaran Yang Kondusif
Ianya bermaksud tempat murid untuk libatkan diri, mengambil bahagian dan tumpukan perhatian dalam pembelajaran. Persekitaran punyai keupayaan dalam merangsang minat dan semangat murid untuk terus belajar dan iklim yang baik di dalam bilik darjah dapat memotivasikan murid untuk mencapai objektif pembelajaran....Contohnyer, bilik yang bersih, susun atur yang kemas dan menepati ciri2 bilik darjah yang sempurna, menjamin pembelajaran yang sempurna.
Seterusnya, kita masuk pulak tajuk kecil dalam tajuk A ni:

I) Persekitaran Fizikal
Terbahagi kepada beberapa perkara pulak...iaitu:
  • Sumber bahan pembelajaran - murid perlulah punyai akses yg mudah kpd sumber bahan pembelajaran. - memudahkan murid mengambil bahan pembelajaran dan menggunakannya. - memberi peluang kepada guru untuk mengajar murid cara menyimpan bahan dengan tersusun. - bahan sepatutnya disimpan ditempat yang sama sepanjang tahun bagi mengelakkan kekeliruan.
  • Ruang atau sudut pembelajaran - ruang khas boleh disediakan oleh guru untuk aktiviti pembelajaran seperti mendengar guru bercerita. - membaca, melakukan aktiviti pemulihan atau pengayaan. -Korang mesti pernah tengok satu sudut kecil di belakang kelas...lebih kurang mcm tu la...budak2 yg lambat pickup ni, diletakkan di belakang untuk aktiviti pengayaan.
  • Ruang pada dinding - ruang pd dinding boleh digunakan (kiri dan kanan). - biasenyer cikgu letak jadual bertugas, peraturan bilik darjah, carta organisasi dan lain2. - selain tu, boleh letak hasil kerja murid, like lukisan, tarikh lahir, aktiviti kelas dan banyak lagi....
  • Pencahayaan, pengudaraan dan perabot - lampu and kipas benda wajib dalam kelas di sekolh, so cikgu tu perlulah pastikan benda2 mcm tu berfungsi dgn baik. - kalau murid2 silau, so guru perlu cari inisiatif untuk elakkan perkara tersebut. - paling penting, pintu and tingkap always kena bukak, bior oksigen masuk.....kalu dok, lemas la anok murid kito. - mejo and kerusi biarlah sesuai dengan peringkat usia....biasanya, darjah 1 kerusi and meja lebih kecil and pendek b'banding dgn 2,3,4,5 and 6.
  • Kebersihan - bendo paling important dlm kelas ialah soal kebersihan, ni adalah tanggungjawab cikgu and murid la. - cikgu kena pastikan kelas ade tong sampah, penyapu sampah, pemadam papan hijau dan bulu ayam. - jadual bertugas jgan dilupakan ye.....
  • Susunan dan reka bentuk fizikal dalam bilik darjah - susunan yang baik menyenangkan guru untuk memantau murid dengan lebih mudah dan cepat. - kedudukan guru perlulah dekat dengan murid. - kedudukan murid memudahkan untuk mereka melihat sesi pengajaran secara langsung tanpa berdiri atau alihkan kerusi. - cara susunan meja pulak bergantung pada pendekatan pengajaran dan aktiviti2 yang dilaksanakan.
  • Susunan kerusi meja murid yang fleksibel - bergantung pada pendekatan pengajaran (berpusatkan murid or guru) dan aktiviti2 yang bakal dilaksanakan. - terdapat 3 jenis susunan kerusi meja murid iaitu (bilik darjah tradisional, kumpulan kecil dan seminar). - bilik darjah tradisional ni lebih kepada berpusatkan guru...time kita sekolah dlu tu la, meja cikgu kat depan. - kumpulan kecil ni ditekankan dalam kurikulum KBSR, lebih berpusatkan murid, diorg ni boleh berkongsi bahan dan bertukar2 pendapat, kelemahannyer murid2 mudah hilang tumpuan. - seminar pulok lebih kepada susunan utk budak2 pengajian tinggi like me...ahaksss
II) Persekitaran Psikososial
Merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya. Antara faktor persekitaran psikososial ialah:
  • Pendekatan pengajaran - guru perlu understand what their students need, perkembangan kognitif dan gaya pembelajaran murid. - Piaget cadangkan bahawa murid2 dlm lingkungan 7-12 tahun perlukan pengetahuan dan aktiviti yang selaras dengan kognitif mereka. Dengan kata lain budak2 dlm lingkungan darjah 1 hingga 3 ni perlukan pelbagai cara pembelajaran yang menarik seperti bermain sambil belajar, experimen dan lain2 untuk memudahkan pengajaran dan pemahaman murid itu sendiri.
  • Gaya pembelajaran - pemerhatian dan berbincangan dengan murid dapat memberitahu guru gaya pembelajaran muridnya..Contoh: kebanyakkan murid tidak faham jika guru hanya memberi penerangan sahaja, so guru perlu membuat perubahan dalam pengajarannya dengan menyelitkan unsur aktiviti or permainan semasa mengajar.
  • Kepimpinan guru - autokratik iaitu lebih kepada memberi arahan, membuat keputusan sendiri dan tentukan hala tuju kelas (berpusatkan guru). - demokrasi iaitu menjurus kepada perbincangan dengan murid, memberi peluang murid2 utk bersuara dalam membuat keputusan. lazize-faire that is memberi pilihan kepada murid untuk membuat keputusan sendiri.
  • Komunikasi - guru perlu bersikap mesra dan menikmati interaksi dengan murid2nya. - guru dapat sampaikan objektif pembelajaran dengan jelas.
  • Interaksi antara guru dengan murid - guru boleh merancang aktiviti untuk murid bekerja dalam kumpulan dan melalui pemerhatian, guru dapat mengetahui tahap interaksi sosial sesorang murid. Contohnya dalam matapelajaran sains, sya dlu2 pernah buat eksperiment kacang dengan kapas basah, dengan adenya projek sedemikian interkasi guru dengan murid semakin baik malahan interaksi murid dan murid juga turut berkembang.
III) Peraturan Bilik Darjah
Ape itu peraturan sahabat oi.......Jom kita dengar ape tokoh ini mendefiniskan peraturan....
"Kenyataan yang memaklumkan tingkah laku yang boleh diterima di dalam bilik darjah" (Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel 2008).
"Segala yang telah ditentukan {ditetapkan dsb}dan harus diturut atau dipatuhi (Kamus Dewan edisi ke-4 2005)

a) Sebelum memulakan pengajaran, guru perlulah membincangkan perkara seperti berikut:
  1. Pengurusan bilik drjah
  2. Harapan guru
  3. Objektif
  4. Aktiviti
  5. Peraturan
  6. Memantau pelaksanaan peraturan dalam bilik darjah
Perkara2 di atas perlulah dilakukan secara konsisten (tetap) supaya berkesan dan tidak berorentasikan untuk menghukum agar, dapat melicinkan PDP, murid lebih fokus dan mengurangkan tingkah laku disruktif.
b) Peranan Guru
  1. Mengurus - mengurus murid untuk mematuhi peraturan....other than that is, menguruskan pembelajaran murid...why, mestilah seorang guru yang hebat, bijak dalam menguruskan muridnya demi mencapai hasil pembelajaran yang ingin dicapai.
  2. Perancang - merancang peraturan (dipersetujui oleh murid). Contohnyer, menjaga kebersihan kelas dengan membuat jadual bertugas mengikut kemampuan murid. Selain itu, guru juga berperanan dalam merancang pembelajaran. Contoh ni luar dari topik peraturan bilik darjah ok...
  3. Pembimbing - peka dan mengambil berat tentang semua pergerakan dan tingkah laku murid dan membimbing murid untuk mengikut peraturan. Dalam konteks pendidikan khas, murid PK ni perlukan bimbingan yang tinggi dalam memastikan diorg ni mengikut peraturan...
  4. Penyelaras - membuat peraturan yang seiring dengan peraturan sekolah....cikgu jangan nak memandai buat peraturan yang lebih straight drp sekolah k.....dgn kata lain jangan melanggar peraturan sekolah ketika membuat peraturan di dalam bilik darjah.
  5. Pemudahcara (fasilitator) - menyenaraikan peraturan dalam bentuk yang mudah, difahami dan jelas. haaaaa, ni contoh paling jelas ialah time BIG sekolah. masa nilah guru bertindak sebagai pemudahcara iaitu memberi maklumat kepada ibubapa dengan jelas berkenaan prestasi anak mereka di sekolah.
c) Prinsip Membentuk Peraturan
So apekah prinsip2 dalam membentuk peraturan ni...bukan pakat main buat je mak cik deh.....kena ikut prinsip2 brulah berjaya sesuatu peraturan itu......
  1. Munasabah mengikut tahap bilik darjah...contohnyer, darjah 1 peraturan lebih mudah dicapai seperti datang awak ke sekolah, beratur dihadapan kelas dengan betul.....for darjah 4,5 or 6 pulak ialah menjaga kebersihan bilik darjah, menyusun meja supaya lebih kemas dan lain-lain..
  2. Ayat mesti ringkas, jelas dan boleh difahami...
  3. Bermakna dan dipersetujui.......utk pengetahuan u ollss, lebih berkesan sekiranya guru membentuk peraturan bersama murid dan guru perlulah bersikap demokrasi...
  4. Hadkan bilangan peraturan
  5. Adil dan dan membantu proses pembelajaran..
  6. Selaras dengan peraturan sekolah...
d) Ape yang boleh dibuat oleh seorang guru tu dalam mempamerkan peraturan yang dibuat???
Antara perkara yang boleh dibuat ialah guru perlulah menyenaraikan dan pamerkan peraturan pada bilik darjah.....ape tujuannyer.....tak lain tak bukan ialah agar peraturan tu senang untuk murid-murid yang kecil molek tu tengok and boleh dibaca dengan jelas.

e) Contoh Peraturan Bilik Darjah
  1. Menepati masa....example...kena datang awal ke kelas...x leh masuk lewat after masa rehat..
  2. Angkat tangan dan tunggu kebenaran untuk bercakap....kalau ade yg x faham...students needs to angkat tangan......kalau x nampak kurang ajar dooo...
  3. Duduk di tempat sendiri kecuali mendapat keizinan untuk bergerak...
  4. Ikut arahan dan hormati rakan2 serta guru...
IV) Rutin Bilik Darjah
Kebenda la rutin bilik darjah ni......saya pun x tahu....ayoyoyo...x dengar sgt time kumpulan ni bentang...hikhikhik...
Daripada handout yg diberikan.....runtin bilik darjah ni dapat membentuk murid menjadi lebih Bertanggungjawab dan Meningkatkan disiplin bilik darjah....

"Rutin Bilik Darjah" ialah prosedur or step2 yang mesti diikuti oleh murid dalam aktiviti spesifik di dalam bilik darjah...

"Rutin Bilik Darjah" merupakan set jangkaan yang diharapkan dapat menjimatkan masa serta melancarkan fungsi bilik darjah....

rutin bilik darjah ni actually dibahagikan kepada beberapa iaitu:
  1. rutin bukan akademik (rutin kelas) = contohnya pendaftaran murid, kutipan yuran, skim pinjaman buku teks, susu percuma, pengurusan kebersihan bilik darjah, pembentukan peraturan dan jadual kerja bilik darjah..
  2. rutin pentadbiran = examplenye......urusan surat menyurat ibu bapa, laporan kehadiran, laporan penilaian, takwim sekolah....
  3. rutin akademik (rutin pembelajaran, rutin interaksi, rutin pergerakan murid dan rutin pengurusan kerja) = ni korang cari sendiri la ye..malas saya nak tulis....panjang sgt
B. Pengurusan Pentaksiran Dalam Bilik Darjah
I) Konsep Pentaksiran
Before kite pergi jauh..ecehhh...ecehhh.....meh kita tengok dulu ape itu pentaksiran??
Utk pengetahuan u olls.....pentaksiran punya note banyak dalam subjek pendidikan khas and pemulihan tau.......ade subjek khas lagi pasal pentaksiran ni...so sape2 yg ambik kos pendidikan khas and pemulihan tu...thumb up la ye...diorg lebih ilmu sikit...

Pentaksiran ialah satu proses yang berterusan bertujuan untuk memahami dan menambahbaik pembelajaran murid (Tom Angelo, 1995)....

Pentaksiran merupakan proses pengumpulan maklumat daripada pelbagai sumber bertujuan untuk membina kefahaman melalui proses pengajaran dan pembelajaran (Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin, 2012)

"Rujukan utk kata2 daripada tokoh ni akan saya bagi k..senang utk buat rujukan assignment korang"

II) Prosedur@Proses Penyediaan Ujian dan Peperiksaan
Eh...eh..eh....ape sal pulak pasal penyediaan ujian and peperiksaan pulak nih??BTW, utk pengetahuan korg.....ujian dan peperiksaan termasuk dalam pentaksiran tau.....
  • Ujian dan peperiksaan merujuk kepada jenis buatan guru seperti ujian bulanan dan peperiksaan akhir tahun or pertengahan...
  • 3 fasa yang perlu dipatuhi oleh guru dalam penyediaan ujian dan peperiksaan
  • Fasa 1 = perancangan (plan)
  • Fasa 2 = pembentukan item (shape) 
  • Fasa 3 = semakan (check)

III) Perkara2 Yang Perlu Dirancang/Ditetapkan Dalam Proses Penyediaan Ujian/Peperiksaan
  • kekerapan ujian/peperiksaan dalam satu penggal/semester...
  • tarikh ujian/peperiksaan....
  • tempoh masa setiap ujian/peperiksaan.....

IV) Perkara2 Yang Perlu Diberikan Perhatian Oleh Guru 
  • ujian/peperiksaan perlulah adil...adil ok..jgn duk berat sebelah..
  • soalan2 ujian perlulah merangkumi tahap pemikiran...ermm....bior la sesuai dgn murid2 tu..jgn duk wi soalan susoh2..
  • murid perlu dimaklumkan tarikh ujian/peperiksaan....giler ke ape kalau x bagi tau tarikh exam.....
  • cuba biasakan murid dengan format ujian/peperiksaan.....ni time belajar, guru expose sudent dengan soalan2...so time exam budak2 dok terkezut dengan apa yg akan dijawab....hehehe
  • pastikan kertas soalan mencukupi...hehehe....

V) Pentakbiran Ujian dan Peperiksaan
  • persekitaran yang selesa = pastikan  kerusi dan meja berada dalam keadaan baik, sesuai utk tahap umur.....jgn la duk guna meja hok besar...students kecik jah...kesian ko dio, pastikan juga kipas and lampu berfungsi. buka tingkap untuk pengudaraan yang baik, jarak kerusi meja perlulah sesuai.....elakkan peniruan...
  • benarkan murid masuk awal = masuk 15 or 10 minutes awal dalam dewan or kelas semasa ujian and peperiksaan tu perkara wajip k.....pastu.....guru perlu juga tulis matapelajaran, tempoh@waktud dengan jelas pada papan puti...sediakan juga perlu disediakan, letak di tempat yg dapat dilihat oleh semua orang.......kenapa pentingnya jam tu??..penting coz murid dapat buat anggaran dalam menjawab soalan...
sebelum peperiksaan bermula
  • murid harus bersedia dan duduk di tempat masing2 10 minutes awal..
  • guru edarkan soalan peperiksaan mengikut angka giliran yg betul (ujian sumatif)...
  • 10 minutes sebelum bermula ujian/peperiksaan, arahan peraturan tentang prosedur ujian/peperiksaan haruslah diberikan oleh guru kepada murid....something like nama matapelajaran, tempoh exam, peraturan semasa ujian, jgn bukak soalan sebelum disuruh..tpi kalau saya memang bukak dulu la soalan tu...nanti senang nak discuss ngan kwn2 terus...haha
semasa ujian/peperiksaan
  • guru mengawasi..ecehh....dan memberi perhatian kepada murid...time ni la..mata2 cikgu mcm mata penjenayah.....tengah check org meniru...pernah terkantoi meniru ke awak??
  • guru peka terhadap keperluan murid.......cikgu nak kertas....cikgu nak tu..nak ni.....students yg angkat tangan sebab nak extra paperlah org paling pysiko dlm dunia ni.....ak jawab sikit je..die jawab banyak giler....
  • 15 minutes before exam nak habis...guru kena umum....
  • beri arahan kepada murid untuk berhenti menulis dan mengumumkan masa tamat menjawab peperiksaan.....
  • maklumkan kepada murid bahawa diorg x leh keluar lagi dari dewan or kelas sebelum arahan daripada guru...
  • guru harus kira skrip jawapan dan membuat kompilasi berdasarkan pembahagian kelas dan menyimpan kertas untuk disemak..
  • umum untuk murid bersurai...or berambus....kahkah..















6 comments:

  1. ur note are so useful!!! :) thank you

    ReplyDelete
  2. menarik dan banyak info yang baik...

    ReplyDelete
  3. nota yang indah.... love u to the moon n back thanks....

    ReplyDelete
  4. love to read
    sayang kamu ketat-ketat

    ReplyDelete