Wednesday 18 July 2012

LITERASI BAHASA: Kaedah Abjad

1. Apa Itu Kaedah Abjad???
  • Memperkenalkan 26 huruf bermula huruf a hingga z.
  • Ia merangkumi pelbagai huruf yang terdiri daripada huruf kecil dan huruf besar.
  • Mempunyai 5 huruf Vokal iaitu (Aa, Ee, Ii, Oo, Uu).
  • Selebihnya ialah huruf konsonan iaitu sebanyak 21.
  • Dalam sistem bahasa Melayu, huruf-huruf vokal mengeluarkan bunyi setelah bergabung dengan huruf konsonan seperti 'da', 'de', 'di', 'do' dan 'du'. Manakala gabungan 'ai', 'au' dan 'oi' pula akan membentuk diftong.
  • Semua bunyi tersebut akan disambung supaya menjadi suku kata seperti ba + tu = batu
2. Latihan Menyebut Nama Huruf Abjad A - Z (Huruf Besar&Kecil)
  • Permainan yang dijalankan semasa sesi Pengajaran Dan Pembelajaran (PDP) ialah Istana Abjad:

Penggunaan Powerpoint bersuara amat digalakkan
Guru akan memeriksa huruf yang digantung pada Istana Abjad

Wakil kumpulan akan mempamerkan hasil kerja mereka

Cara permainan dijalankan:
   a. Murid akan dibahagikan kepada 3 kumpulan.
   b. Setiap kumpulan akan diberikan 2 batang kayu.
   c. Setiap kumpulan akan diberikan huruf besar dan kecil dalam
       kuantiti yang sama.
   d. Kumpulan tersebut perlulah mengikat huruf tersebut mengikut
       susunan yang betul pada kayu yang disediakan.
   e. Satu batang kayu diikat dengan huruf besar, satu batang lagi
       diikat dengan huruf kecil.
   f.  Wakil daripada setiap kumpulan dikehendaki mempamerkan huruf yang
       diikat pada Istana Abjad.
   g. Wakil akan menyebut huruf yang disusun dengan rakan sekumpulan.


3. Latihan Menyebut Suku Kata V dan KV
  • Permainan bagi menyebut Suku Kata V ialah Carilah Saya
Cara permainan dijalankan:
   a. Murid akan dibahagikan kepada 3 kumpulan.
   b. Setiap kumpulan akan diberi 2 huruf vokal (pilihan guru).
   c. Mereka dikehendaki mencari gambar yang bermula dengan
       huruf vokal yang diberikan, mengikut ARAHAN guru.


Mereka berjaya menjumpai gambar tersebut...Tahniah

Budak perasan

No comments:

Post a Comment