Friday, 25 January 2013

William Yau (Semoga Bersemadi dengan Aman)

Ibu bapa mana yg tidak sebak dengan kelihangan dan kematian anak mereka.....Itulah yg terjadi kepada pasangan ibubapa William Yau Zhen Zhoung (mangsa)... Utk pengetahuan U alls, pada 16 Januari lalu, kanak2 bernama William Yau Zhen Zhoung dilaporkan hilang di Seksyen 7, Putra Height....Kalau x silap pada petang kelmarin pada pukul 6.30 ptg, polis mendapat maklumat tentang mayat seorang kanak-kanak ditemui tersangkut di sebuah bot di Jeti Perkampungan Klang.

Kronologi Kehilangan William Yau Zhen Zhong


  • 16 Januari : Dilaporkan hilang di Seksyen 7, Putra Height.
  • 18 Januari : Kehilangannya disiarkan dalam Nur Alert PDRM.
  • 20 Januari : Pergerakan Wanita Barisan Nasional (BN) seluruh Malaysia mengedarkan poster William Yau.
  • 21 Januari : Polis tubuhkan special pasukan utk siasat kehilangan William Yau.
  • 22 Januari : Polis meneliti lebih 10 kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan kejadian.
  • 23 Januari : Wanita MCA Selangor mengedarkan 5000 poster "Tolong Bebaskan William Yau Zhen Zhong" area Shah Alam.
  • 24 Januari : Mayat kanak2 lelaki berusia antara 4 ke 7 tahun ditemui tersangkut pada bot di Jeti Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, pada jam 7 malam. Mayat berkenaan tiba di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang pada 11.30 malam.
  • 25 Januari : Until 12.30 pagi, bedah siasat dijalankan. Ibubapa mangsa tiba diperkarangan Jabatan Forensik HTAR bagi menjalankan proses pengecaman mayat serta menjalani ujian DNA pada jam 11.00 pagi.
Dari pembacaan saya melalui newspaper, blog2 dan sumber2 yg boleh dipercayai, Willliam Yau dikatakan hilang selepas keluar dari kenderaan untuk mencari ibu bapanya ketika singgah di kedai peralatan elektrik di Jalan Putra Mahkota, Putra Height. Ketika kejadian, mangsa ditinggalkan bersama abang dan adiknya dalam kereta....

Kesimpulannya, saya berharap dengan adenya berita2 yang malang seperti ini, akan menjadikan ia sebagai satu pengajaran untuk ibu bapa lebih peka akan keselamatan anak2.....Sudah lama saya tidak mendengar berita2 malang yang berkaitan dengan kanak2 berlaku di Malaysia..... Kes seperti Nurin Jazman (kalau x silap) yang diculik, dirogol dan dibunuh merupakan antara berita HOT yang mengemparkan negara.....So, saya akhiri penulisan x rasmi saya ni dengan Ucapan Takziah kepada keluarga mangsa....Semoga roh mendiang bersemadi dengan aman......

1 comment: