Saturday 19 January 2013

PISMP SEM 3: PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Subjek major terbaru bakal saya pelajari pd semester ini......Time intro pun rasa mcm susah je subjek ni....Lagi2 Lecture saya tells us, semester lepas ade segelintir guru pelatih nyaris2 gagal dalam exam coz kurang bagi tumpuan pada kuliah beliau....seram sejuk dengar....mintak2 tu bukan ak....hopefully.... ^_^
BTW, alhamdulillah saya memulakan kuliah dengan rasa tenang dan ada sedikit kemanisan untuk ambil perhatian dalam kelas......lecture saya pun agaknya take serious about this subjek...

P/S: Nota subjek ini sekadar untuk menambah kefahaman (maybe) dan menambah nota2 yang korang sudah ada.......semua maklumat ini diperoleh semasa pembentangan kumpulan dan penerangan yang terperinci (tapi saya x ambil perhatian 100% kerna banyak gangguan....hahahaha) oleh lecture saya semasa berada di IPGKKB.....sebarang penambahan atau pembetulan amat digalakkan untuk memperkayakan lagi nota yang kurang kaya ini..hehehehe

Oklah tanpa membuang masa, jom saya perkenalkan Bab 1 dalam subjek ini iaitu:

BAB 1: Kepentingan Pentaksiran Dalam Pendidikan Khas



Perkara or subtopic yang perlu kita pelajari dan tahu dalam bab ni ialah:

A. Maksud Pentaksiran
Ape yang dimaksudkan dengan pentaksiran wahai sahabatku??? Pernah dengar x Pentaksiran Berasaskan Sekolah??? Lebih kurang same je sahabat oi......

Gronlund (1993) mendefinisikan Pentaksiran sebagai proses menentukan, mendapatkan dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan yang selanjutnya.

David Lambert dan David Lines (2000), pula tells us the meaning of Assessment@pentaksiran is proses pengumpulan, menterjemah, merekod dan menggunakan maklumat mengenai respon murid kepada tugas pendidikan.

Gearheart (1990), mengatakan pentaksiran ialah proses pengumpulan dan penterjemahan secara saintifik tentang sesuatu maklumat yang luas berdasarkan keputusan intervensi dan apabila bersesuian keputusan ditempatkan dan cadangan penempatan.

Slavia dan Yseldyke (1978), pulok royak pentaksiran ni sebagai proses pengumpulan data dengan tujuan untuk kenal pasti dan mengesan masalah murid serta membuat keputusan...

Kesimpulan yang dapat sayo buat berdasarkan definisi org2 hebat di atas ialah, pentaksiran ni ialah usaha guru dalam mengumpul data atau maklumat berkenaan kelemahan muridnya bagi merancang aktiviti PDP dengan lebih berkesan untuk tingkatkan lagi pemahaman mereka berkenaan topik yang diajar.. Nadzim Bakri (2013)....sayo pun nak jadi tokoh jugok la...hik2

B. Tujuan Pentaksiran dalam Pendidikan Khas
Apelahkan tujuan pentaksiran ni digunakan di sekolah terutamanya dalam pendidikan khas?? Berdasarkan definsi di atas, korg dah boleh buat andaian tentang tujuan or pentingnya pentaksiran ni dibuat di sekolah.
Antara tujuan pentaksiran ialah:
  1. Beri maklum balas kepada murid untuk perbaiki pencapaian. Contohnya, murid yang tak pandai mengeja or membaca,guru akan laksanakan intervensi untuk perbaiki masalah tersebut.
  2. Mendapatkan maklumat yang berkualiti bagi membuat interpretasi yang sah dan boleh dipercayai mengenai pembelajaran murid.
  3. Dapat kenalpasti jika murid fahami kurikulum yang diajar atau sebaliknya. Guru perlu mengajar semula dengan kaedah yang berlainan atau menggunakan BBM yang lebih baik jika kurikulum yang diajar tidak difahami atau tidak mencapai objektif.
  4. Memberi maklumat kepada ibubapa/penjaga tentang prestasi pembelajaran anak/jagaan mereka.
  5. Penentuan kumpulan untuk proses PdP.
  6. Pemilihan BBM yang sesuai.
C. Bidang Pentaksiran
Guru seharusnya melaksanakan pentaksiran secara individu......lebih molek katanya....Bila difikirkan balik, betul jagak kan??? Pentaksiran ni perlulah dilakukan secara perseorang supaya intervensi dapat dibuat dengan lebih baik dan sempurna. Pentaksiran perlu mengambil kira beberapa aspek iaitu:
  1. Kemahiran Kognitif
  2. Kecerdasan
  3. Memori
Selain daripada aspek tersebut....Guru juga boleh melihat aspek lain yang termasuk dalam Bidang Pentaksiran. Antaranya ialah:
  1. Kemahiran Motor - termasuklah motor kasar dan motor halus.
  2. Kemahiran Persepsi - kemahiran ini termasuklah persepsi visual (melibatkan penglihatan) dan persepsi auditori (melibatkan pendengaran).
  3. Pencapaian Akademik
  4. Bacaan - tulisan, matematik dan lain2.
  5. Kemahiran Bahasa - bahasa expresif (luahan murid melalui tulisan dan pertuturan) dan bahasa reseptif (pendengaran dan penglihatan).
  6. Tingkahlaku - Sosial, emosi, kesihatan, pemeriksaan penglihatan dan pemeriksaan pendengaran..
D. Instrumen Pentaksiran dan Penilaian
i) Pentaksiran Alternatif
  • berasaskan pendapat bahawa murid ni boleh membuat akses pembelajaran kendiri dan belajar dari proses penilaian tersebut.
  • memberi peluang kepada murid untuk semak perkembangan diri sendiri termasuklah perkembangan linguistik (semantik, morfologi, pragmatik dan fonologi) dan proses pembelajaran.
ii) Pentaksiran Pencapaian
  • berdasarkan kepada pemerhatian dan penilaian guru ketika murid sedang melakukan sesuatu aktiviti, tingkahlaku serta berinterkasi dengan orang lain....dengan membuat pemerhatian yang teliti, guru akan dpt karekter yang real drp student diorg...bukan karekter rekaan semata-mata.
  • nama lain ialah pentaksiran autentik (nilai kebolehan murid untuk lakukan sesuatu tugas dalam keadaan dan situasi sebenar).
iii) Pentaksiran Real lifetask/Situation
  • beri peluang untuk tafsir kreativiti, kemahiran merancang, kebolehan untuk mengintegrasikan pengetahuan dan kemahiran untuk belajar dengan orang lain.
iv) Ujian Saringan
  • dijalankan untuk kenalpasti kanak-kanak yang berisiko menghadapi masalah.
  • satu alat pengurusan yang menyeluruh membantu mengesan murid yang lemah (utk asingkan&tentukan kumpulan murid dan dilaksanakan melalui ujian formal@x formal sama ada secara individu@kumpulan)
  • dalam pemulihan, ujian saringan adalah satu instrumen pengukuran yang menyeluruh terhadap kekuatan dan kelemahan dalam kemahira2 asas.
  • dapat kenalpasti kelemahan dan memerlukan bantuan pemulihan.
v) Ujian Diagnostik
Ialah instrumen pengukuran yang membolehkan guru mengesan kawasan lemah secara saintifik yang dihadapi murid.....aaahaaa.....dengan kate lain, cikgu boleh tau ape masalah murid dengan lebih detail, adakalah masalah dalam mengenal abjad, mengenal suku kata KV or what ever (Bahasa Melayu).
Ujian ini adalah bertujuan untuk:
  • kenalpasti secara khusus kesulitan2 yang dihadapi murid.
  • kenalpasti punca kegagalan murid untuk kuasai kemahiran.
  • kenalpasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan kawasan2 kesulitan yang dihadapi murid.
  • bantu guru untuk merancang satu program pengajaran yang khusus (secara individu@kumpulan) dengan lebih tepat dan sistematik.
  • bantu guru rancang objektif pengajaran.
  • membolehkan guru rancang dan bina bahan bantu mengajar yang sesuai mengikut tahap.
vi) Portfolio
  • popular digunakan dalam kalangan guru.
  • dijalankan secara berterusan.
  • sampel2 kerja yang disimpan dalam portfolio boleh tunjukkan kemajuan yang dicapai oleh murid.
  • bahan2 bukti pencapaian.
vii) Pemerhatian
  • selalu je guru guna di sekolah.....guru ni suka tengok tingkah laku or masalah kita.
  • lebih diutamakan pada masalah tingkah laku.
  • perlu direkod sesuai untuk kemahiran tingkah laku dan sosial murid.
E. CARA PENGUMPULAN MAKLUMAT
i) Rekod Lama
  • ialah rekod yang membolehkan guru memperoleh maklumat atau peristiwa atau keadaan pada masa sebelumnya.
  • contohnya buku rekod, dalam buku rekod tu, guru dapat tengok tahap pencapaian murid pada darjah berapa ke darjah berapa. Dengan adanya rekod lama ini, guru dapat membandingkan tahap pencapaian murid tersebut..sama ade meningkat atau semakin menurun...
ii) Sample Kerja
  • juga dikenali sebagai hasilan kerja.
  • berdasarkan kerja murid yang telah siap.
  • example: kraftangan, lukisan and paling jelas ialah kerja sekolah korang (homework).
iii) Pengujian
  • bertujuan untuk menilai pencapaian murid.
  • contoh paling dekat dengan korang ialah EXAM, I hate exam okey...lalaala
  • Pengujian ni satu prosedur yang lebih sistematik dan boleh dinilai dengan menggunakan skala bernombor atau sistem berkategori.
iv) Pemerhatian
  • digunakan untuk mengenalpasti ciri2 perkembangan murid dari aspek afektif dan psikomotor.
v) Soal Selidik
  • melalui teknik temubual untuk mendapatkan maklumat daripada murid.

BAB 2: Mentafsir Kebolehan Pembelajaran Asas

Waduhh....waduhh....kejap je belajar bab satu...tum2 masuk bab 2 dah.........moga2 bab satu tu dlm kepala 120%....amin...
Oklah, without wasting time and energy yang gew ade ni untuk menaip..jom kita terus ke subtopic yang bakal saya and sahabat saya sekelas yang pokpekpokpek tu ye....

A. Maksud Kebolehan Pembelajaran Asas

BTW for those yg terbaca catatan saya mengenai tajuk ni....ape yang saya tulis ni adalah berdasarkan ape yang lecture saya kuliahkan kepada saya dan kwn2 saya.......tapi bile dilihat mcm x sama je kuliah lecture saya dengan proforma ini....ape2 pun saya share je la kan?? ^_^

Akuiti Sensori ???? Ialah  keupayaan menggunakan ketajaman deria yang ada untuk membuat pengamatan dan amat berkait rapat dengan pengamatan Pendengaran dan Penglihatan.

Pengalamatan ialah kefahaman terhadap sesuatu perkara@situasi melalui sensori@deria (berkait rapat dengan pemikiran manusia dengan memberikan makna melalui pengalaman2 yang dilalui oleh seseorang). Ianya boleh dikembangkan dan dipelajari...mcm tingkah laku la, boleh diubah-ubah dengan kata lain...

B. Jenis2 Pengamatan
  • Penglihatan
  • Pendengaran
  • SensoriMotor
C. Keperluan Pentaksiran Pengamatan
  • kesan masalah pengamatan seawal mungkin.
  • sediakan program2 yang bersesuaian dengan masalah pengamatan kanak2 berkeperluan khas.
  • sediakan penempatan yang bersesuaian dengan masalah.
  • kenalpasti pasukan pelbagai disiplin (multidisplinary).
D. Masalah Pentaksiran Akuiti Sensori
  • kekurangan bahan/material
  • kekurangan pakar penilai
  • kemahiran di kalangan pelaksana (guru/pembantu guru)
  • kolaberasi antara guru-guru, guru-pentadbiran, guru- ibubapa
  • sikap rendah diri, akibat daripada kekurangan motivasi kendiri
E. Pentaksiran Pengamatan Penglihatan (Umum)
  • ujian kecerdasan (IQ test) yang dijalankan terhadap kanak-kanak bermasalah penglihatan actually didapati tidak menguji kecerdasan sebenar kanak2 berkenaan.  Contohnya, "Apakah warna cat yang paling sesuai untuk rumah itu?".
  • kanak2 bermasalah pengluhatan sering kali didapati mengalami kesukaran dalam memahami konsep2 yang melibatkan orentasi penglihatan seperti dalam matapelajaran sains, bahasa melayu dan lain2.
F. Pelbagai Masalah Pentaksiran Kesukaran Visual
  • i) kekurangan visual aids - akan berlaku ketidaksahaan......contoh terdekat ialah, ibu bapa tidak pasti dengan masalah anaknya kerana kekurangan aids atau dengan kata lain bahan bantu mengajar. - aids seperti mesin braille, bahan2 yang diperlukan untuk sentuhan.
  • ii) kepakaran guru - btw, kepakaran guru juga perlu diambil kira tau.....kalau guru x pakar jgn jadi guru pendidikan khas tau, kesian budak2 pk...hehe....guru perlulah mendapat latihan khas, contohnya di IPG (Institut Pendidikan Guru) atau lain2.  Dalam konteks kesukaran visual ini, guru perlulah pakar dalam menggunakan tulisan braille, kalau guru x dapat menggunakan tulisan braille, tentulah guru tersebut x layak untuk menjalankan tugasan sebagai guru pendidikan khas terutamanya yang melibatkan visual murid khas.
  • iii) sikap murid yang mengalami masalah penglihatan - sikap murid juga mempengaruhi berjayanya sesebuah pengajaran.....murid yang terlalu bergantung pada guru dalam mengajarnya akan mengalami masalah....selebihnya..pkir sendiri...sya x tau nak bagi contoh...hehe
  • iv) stigma/pelabelan masyarakat - contoh paling jelas ialah, masyarakat x suka bergaul dengan kanak2 pendidikan khas, x mengiktiraf kekurangan yang dimilik oleh golongan ini.
  • v) tempat/ruang untuk melaksanakan pentaksiran - ianya berbeza mengikut kategori@tahap kecacatan penglihatan...contohnya, kanak-kanak rabun (low vision) memerlukan bilik darjah yang cerah.
  • vii) tiada tindakan susulan diambil oleh pihak bertanggungjawab - individu yang mengalami kemalangan dan menyebabkan kesukaran visual, mereka memerlukan perkhidmatan daripada orang yang pakar untuk membantunya.

G. Pentaksiran Pengamatan Pendengaran

Apa Kecacatan Pendengaran???????

Utk pengetahuan u guys, kecacatan pendengan happen when terhadap masalah@kerosakan pada 1 or lebih bahagian-bahagian tertentu di dalam telinga.....Kehilangan pendengaran konduktif terjadi sekiranya terdapat masalah pada luaran, dalaman telinga termasuk salur telinga (ossicles), ade sekatan@masalah struktur lain yang mengganggu pengaliran bunyi melalui telinga....contohnyer tahi telinga..euwwwww.....kapas yang tersumbat.....dan lain2....kehilangan pendengaran konduktif berlalu apabila bahagian penting telingan like gegendang telinga, saluran telinga dan ossciles telinga rosak......manakala, kehilangan pendengaran sensorineura terjadi kerana kerosakan dalaman telinga dan sistem sensori.
  • i) pendengaran biasa - boleh m'dgr semua bunyi pertuturan walaupun pd peringkat perbualan perlahan, 10 - 15 decibel diaudiogram@audiologis (tahap pendengaran)
  • ii) pendengaran minimal - masalah dalam m'dgr pertuturan yg perlahan @ x jelas, 16 - 25 decibel (tahap pendengaran), contoh, murid lain di dalam kelas berbual dalam masa yang sama guru memberi arahan, dan ini berkemungkinan informasi@arahan tersebut x sampai.
  • iii) ringan - perlukan alat bantuan pendengaran@sistem FM peribadi, 26 - 40 decibel (tahap pendengaran), 50% x dpt mendengar perbincangan kelas.
  • iv) sederhana - 3 hingga 5 kaki boleh didengari, alat bantuan pendengaran@sistem FM peribadi sgt diperlukan, 41 - 55 decibel (tahap pendengaran).
  • v) sederhana hingga teruk - murid mungkin x dpt mendengar 100%, perlukan bantuan tambahan utk kesemua subjek akademik bahasa, 56 - 70 decibel (tahap pendengaran).
  • teruk - bunyi yang kuat pada jarak yang dekat, 71 - 90 decibel (tahap pendengaran).
  • vi) sgt teruk - menggunakan keseluruhan penglihatan untuk proses maklumat, 91 decibel ke atas (tahap pendengaran).

BAB 3: Mentaksir Kemahiran Sosial dan Tingkah Laku

Hehehe...u all boleh search pasal tingkah laku ye.....maklumatnya lebih details.....
utk pengetahuan juga, tingkah laku dalam pendidikan khas ni dipelajari pada SEM 2 Ijazah bagi guru pelatih IPG yang ambik kos Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran)....Selamat google.... ^_^


BAB 4: Mentaksir Bahasa Lisan

4.1 Komponen-Komponen Bahasa Lisan
Before kite masuk bab ni lebih mendalam, kita lihat dulu 5 komponen utama dalam bahasa...hehe....that is:

a) Fonologi 
Fono...fono...fono...fonologi ialah melibatkan bunyi2 bahasa yang diucapkan dan peraturan bagi menentukan bagaimana bunyi itu digunakan....Contoh perkataan ialah:
  • Pin
  • Tin
Kebiasaannya, individu yang alami masalah pembelajaran, sukar utk bunyikan fonek dengan betul.
Kadangkala, mereka seringkali melakukan penggantian, penambahan, pengguguran dan sebagainya...Contoh perkataan ialah:
  • Bahu ------> Bau
Kanak-kanak yang mengalami Down Sindrom sering mengalami masalah dari segi Fonologi.

b) Morfologi
Kebenda la Morfologi ni ye?? ayoyo...time saya dengar lecture beri keterangan about this topik..mata ni hampir2 nak terlelap...........Morfologi ialah bidang yang mengkaji kata@bidang yang mengkaji proses pembentukan perkataan daripada unsur makna yang paling asas iaitu morfem.
Sorry....saya x tau nak bagi contoh....korg cari sendiri la ek....

Morfem terbahagi kepada 2 pulak......morfem bebas (boleh berdiri sendiri) and morfem terikat (x boleh berdiri sendiri)...ni punya penerangan u olls tengok sendiri dalam buku bahasa melayu 1 or 2......penerangan terperinci ade dlm buku tu...atau...guna cara biasa..GOOGLE..hik3

Kanak-kanak Terencat Akal sering mengalami masalah dalam Morfologi.....utk keterangan lanjut...korg tanya sendiri lecture korg ape kaitan kanak2 terencat akal ngan masalah morfologi...saya lupa nak catat time lecture bagi penerangan... :)

c) Sintaksis
Sintaksis ialah unsur terbesar dalam tatabahasa.....Ianya boleh dibina daripada unit2 tatabahasa yang lebih kecil seperti Frasa,Perkataan dan Morfem. pergi = perkataan, Ibu ke pasar = frasa...apabila di gabungkan perkataan tersebut akan membentuk....Ibu pergi ke pasar.

Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah dalam penggunaan sintaksis ini, kanak-kanak tersebut hanya mampu menyebut "Ibu pasar"....ermmmm....kesian kan??....so sebagai guru pendidikan khas yang betul2 mementingkan kesempurnaan dalam pengajarannya...masalah ini perlu diatasi dengan betul agar murid dapat menguasai tatabahasa......ekkk...

d) Semantik
Gapo dio pulok semantik ni??kecek Kelate la puloksss...Semantik ni pulak berkaitan dengan Makna or Meaning dlm Bahaso Inggeris.....
Ianya merujuk kepada cara perkataan tersebut digunakan secara bermakna dalam proses berkomunikasi...

Contoh: Semak (belukar), Semak (kertas peperiksaan)

Murid berkeperluan khas like autisme and lain2 mungkin akan keliru dengan penggunaan makna perkataan ini ^_^.

e) Pragmatik
Pragmatik ialah bidang yang berkaitan dengan penggunaan bahasa yang betul...ermm..x tahu nak terang mcm mane...korg cari sendirilah ek...hoho

4.2 Bahasa Reseptif dan Bahasa Ekspresif
Reseptif and Ekspresif.......dua perkataan yang selalu bersama..di mana ade respetif...semestinya ada ekspresif...hehehe..bagai isi dan kuku yoo....always together



Bahasa Reseptif = Ialah keupayaan individu untuk menerima dan memahami input bahasa yang diterima daripada persekitaran.....lebih kepada kemahiran mendengar dan melihat.....

Bahasa Ekspresif = Merujuk kepada keupayaan murid untuk berkomunikasi dan meluahkan idea, perasaan, pemikiran dan pendapat kepada orang lain.....lebih kepada kemahiran menulis dan membaca.

Pentaksiran terhadap bahasa Reseptif melibatkan:
  • keupayaan murid untuk mendengar perkataan@frasa dan dapat mempamerkan kefahaman mereka terhadap isi yang diperkatakan@diperdengarkan.
Apakah Elemen2 penting dalam meningkatkan bahasa Reseptif???
  • laras bahasa yang digunakan
  • persekitaran.....persekitran perlulah tidak mempunyai gangguan...tidak bising......kalau kat sekolah bunyi mesin rumput akan mengganggu penerimaan bahasa Reseptif murid.
  • pendengaran..sorry..x tahu nak hurai
  • tumpuan...x tahu nak hurai jgak... :(

Ciri2 murid yang mengalami masalah Ekspresif & Reseptif ialah:
  • gemar berdiam diri
  • x mahu terlibat dalam perbincangan kumpulan atau perbualan
  • kesukaran dalam bertukar giliran berkomunikasi dan bercakap mereka diminta.....budak2 yang suka menyampuk juga terlibat...menyampuk yg melebih2.
  • beri respon yang salah...org tanya lain jawap lain..ayoyoyo....Why...why...this problem happen....??? Ini kerana ada sikap malu dalam diri murid tersebut...selain itu, x faham dengan apa yang guru terangkan semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung....and akhir sekali masalah artikulasi......
4.3 Cadangan Intervensi Atasi Kelemahan Bahasa Lisan Murid
BTW, there are a lot of ways to help students terutamanya dalam bahasa lisan ni.....korang juga boleh kaitkan dengan subjek Literasi Bahasa yang sudah dipelajari semasa Sem 2 Ijazah tau...Bagi yang major or minor Bahasa Melayu....mesti banyak intervensi yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah bahasa lisan ni..hehe
  • pemintal lidah
  • latihan bercerita
  • baca petikan dengan kuat
  • mendengar cerita
  • latih tubi sebut perkataan kompleks
  • latihan nyanyian
4.4 Cadangan Aktiviti Menguji Kemahiran Lisan

  • story telling = beri satu tajuk mudah contohnya hobi saya, murid akan bercerita mengenai hobi mereka.
  • bincangkan objek = contoh apple, bincangkan tentang objek tersebut yang melibatkan saiz, warna, rasa dan lain2.
  • aktiviti pemintal lidah
  • perbualan
  • temu bual
  • aktiviti bercerita and many more....korang pikir la sendiri..pikir logik and sesuai utk students...



BAB 5: Mentaksir Bacaan

Everybody take a book and read
To gain knowledge
Everyone has to readd...lalalalalal...masih ingat lagu tu kwn2..hehe
Ia amat berkait dengan bab seterusnya tau..iaitu bab 5......this chapter will discuss about reading...


Guru sebenarnya menggunakan pelbagai pendekatan dalam proses pengajaran kemahiran membaca......
Dalam konteks ujian pula, Ujian Diagnostik paling banyak digunakan untuk mendapatkan maklumat&membantu guru kenalpasti daerah kelemahan murid berkenaan membaca....

Terdapat beberapa problems yang dihadapi oleh murid2 dalam membaca ini...Antaranya ialah:

  • Murid Disleksia: Alami masalah apabila perkataan yang sama bunyi dilambangkan dengan huruf yang sama iaitu semak = belukar, semak = lihat semula, murid ini membaca secara terbalik (huruf bertindan) "d & b, m & n, p & q", x dapat menghubungkait antara bunyi perkataan dengan huruf yang menyebabkan mereka terpaksa membunyikan setiap perkataan yang dibaca.....ayoyoyo...x tahu nak hurai camne....boleh spe2 tolong??

Before guru melaksanakan pentaksiran bacaan, terdapat beberapa aspek yang perlu dilihat terlebih dahulu......Antaranya ialah:
  • pentaksiran perlu dilakukan secara variasi...
  • ambil kira tentang kebolehan memproses bacaan yang kompleks
  • perlu laksanakan berdasarkan tahap murid...jgn ikut sedap je cikgu buat pentaksiran....
Penilaian yang dilakukan adalah berdasarkan analisis kesalahan, tembual, perbuatan, penilaian kendiri, hasil tulisan selepas bacaan, senarai semak dan soalan serta cara2 lain yang bersesuaian.
Antara kesilapan yang sering berlaku adalah menyebut huruf kecil yang hampir sama bunyi seperti b-d iaitu buku-duku.


BAB 6: Mentaksir Kemahiran Menulis

Alahai......kejap je...masuk bab 6 dah...ermmm.....
Sebelum kita ulas panjang2 about this chapter, kita tengok dlu ape itu tulisan...
Tulisan ialah lambang2 bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea......


Tujuan menulis pula ialah:
  • mendirikan asas yang kukuh supaya kanak2 dapat melahirkan idea, fikiran serta perasaannya dengan baik, pantas dan cekap....
  • membolehkan kanak2 menyusun huruf2 menjadi suku kata, perkataan, ayat supaya menjadi alat untuk berkomunikasi...
  • membolehkan kanak2 berkemahiran dalam satu lagi komponen bahasa dan meluaskan pengetahuan, perhubungan kanak2 dengan dunia luar.
  • menyediakan, menyemai, mengasah serta mengukuhkan minat serta bakat kanak2 sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden.
  • hasilkan penulisan yang kreatif seperti pantun, syair dan sebagainya yang dapat memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran perasaan bukan sahaja diri kanak2 bahkan juga seluruh insan.
Matlamat kemahiran menulis pula ialah:
  • murid dapat menulis suku kata, perkataan dan ayat dengan baik....
  • murid dapat menulis dengan serta merta...
  • murid dapat menulis menggunakan tanda baca yang betul dalam penulisan....
  • murid dapat menulis dalam tatabahasa yang betul....
  • dapat mengisi borang kiriman wang, pemohonan kerja dan sebagainya
  • dapat menulis surat kiriman....
  • dapat menulis rencana...
Faktor2 kesukaran menulis:
  • kecacatan ringan dlm otak...
  • gangguan penglihatan "disleksia,myophia,astigmatism dlln"....
  • gangguan/kecacatan pendengaran...
  • kesukaran2 pengamatan (pendengaran & penglihatan)....
  • masalah keselarasan moto tangan......ermmm...biasa kite tgok tau kat sekolah...budak2 x dpt menulis dgn baik....biasanya dialami oleh kanak2 SP "seberal palsi"...hehe
  • kesukaran dalam menentukan dominan........x tahu tangan kiri or kanan yang dominan...
  • kurang dapay pengalaman pratulisan....ni time kecik2 lagi..ibubapa kanak2 tersebut tak dedahkan awal mengenai tulisan.....ade jgak ibubapa yang melarang untuk menulis...x leh melukis and lain2...akibatnya....budak2 tu terbantut dalam kemahiran menulis..kesian kan....??...ermrmm
Tanda2 kelemahan dalam tulisan:
  • tulisan yang terlalu buruk sehingga sukar untuk dibaca "murid disleksia".
  • tulisan tanpa ketepatan bentuk dan condong huruf...
  • tulisan yang menaik dan menurun dan tidak selari dengan garisan...dlm bahasa kelate kito panggil..tulise hok belok beleka....haha...."murid seberal palsi"...
  • tulisan yang mengandungi huruf2 terbalik...
  • tulisan yang dihasilkan dengan urutan & arah yang salah...
  • tulisan tanpa ketentuan & ketetapan jarak huruf/perkataan...
  • tulisan yang x seragam saiz huruf & mencampurkan huruf besar and kecik...main campur je budak2 ni...her....geram ak....
Aspek Yang Dinilai Dalam Kemahitan Menulis

  • saiz huruf@pembentukan huruf
  • jarak huruf, perkataan
  • ejaan
  • bentuk huruf

Aktiviti Tingkatkan Kemahiran Menulis

  • cara pegang pensil....this is paling basic k....guru perlu pastikan murid pegang pensil ngan betul
  • kedudukan semasa menulis...bior le selesa...
  • latihan mewarna
  • adakan aktiviti motor halus
  • cara menulis abjad dengan betul
  • latihan menyudah gambar
  • sambung titik2 huruf
  • latihan menekap
  • dan lain2.....tengok dlm Literasi Bahasa....a lot ok...


BAB 7: Mentaksir Matematik

Mate..ayoyo....bukan subjek kegemaran sayo lah mano...dok brehi kijo2 ngiro ni...tapi gak...nok wak lagu mano...keno belajar jugok....kesian....

Tanpa membuang masa menulis perkataan mengarut..meh kito ke bab hok terakhir dalam subjek pentaksiran ni....iaitu bab 7....

7.1 Kemahiran Matematik
Kemahiran matematik dalam pendidikan khas ado 3 jenis..iaitu

  • kemahiran asas nombor = warna,saiz,bentuk,jenis....ermm......saya x leh nak hurai panjang sgt coz lecture x ajar sgt benda nih..hehe....
  • kemahiran komputasi = pengiraan dalam matematik, 4 operasi asas iaitu (+,-,bahagi, darab)....4 operasi tersebut adalah bertujuan untuk menilai kebolehan dalam operasi arithmatik secara tradisi, terdapat bidang pembelajaran utama iaitu Pertama: Nombor (bulat,pecahan,perpuluhan,wang,peratus), Kedua: Urutan (masa,waktu,berat,panjang,isipadu air), Ketiga: Bentuk & Ruang (bentuk 2 mata,bentuk 3 mata), Keempat: Statistik (purata,perwakilan data)..
  • kemahiran aplikasi dan penyelesaian masalah = digunakan dalam kehidupan seharian, aplikasi dalam kehidupan seperti Ukuran (penggunaan unit biasa seperti panjang,berat,suhu), Pembacaan Graf & Jadual, Masa (perbezaan masa,percutian,musim2), Belanjawan & Kewangan.

7.2 Masalah Matematik 
Sape2 boleh tolong share maklumat mengenai masalah matematik ye....saya punya nota x cukup sgt nak share....
  • kenalpasti bentuk dan pola
  • penguasaan konsep dan nombor
  • penguasaan operasi asas matematik


NOTA TAMBAHAN  Je ^_^

A) Penilaian dan Rekod Perkembangan Murid
Konsep Penilaian
  • penilaian ialah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan & kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah...
  • sebahagian daripada PdP...
  • perlulah dilaksanakan secara berterusan...
  • x formal...
  • bertujuan untuk kenalpasti pelbagai kecerdasan dan potensi untuk pertingkatkan dan beri pengukuhan....
Tujuan Penilaian
  • kesan perkembangan murid secara menyeluruh...
  • kenalpasti pelbagai potensi murid....
  • kesan keberkesanan pengajaran...haaa.....time buat penilaian or pentaksiran nilah guru dapat kenalpasti keberkesanan pengajarannya.....sama ada pendekatan or gaya pengajaran guru tu bersesuaian or masuk dengan murid.......dengan kata lain...murid paham ke tidak ape yang guru ajar....simple kan??
  • kenalpasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran...
  • merancang dan mengubahsuai aktiviti pengajaran...
  • menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta.

Proses Membuat Penilaian
Lagu mano gak nok wak penilaian ni???
senang jah awe and mek oi....antara step2 yang perlu dibuat oleh guru dalam membuat penilaian ialah:

  • merancang (plan) = sediakan instrumen terlebih dahulu, murid mane yang hendak dinilai, domain aspek yang hendak diberi perhatian, kaedah yang sesuai (pemerhatian, ujian or what ever), cara merekod (senarai semak, anekdot, skala kadar, time sampling), tempoh masa yang diperlukan....
  • membina indikator (built) = senarai semak (pertalian jarak, mazing dan lain2).....ayoyo...saya pun dah lupa ni...mcm mane ek??..korang try tanya lecture korang la ye...hak3
  • melaksanakan penilaian (do it) = pemerhatian (tingkah laku, perbualan interaksi, hasil kerja, sikap , amalan, komunikasi sosial, kemahiran kinestetik)......dalam proses ni...guru perlulah memerhatikan semua benda or perkara yang berlaku terhadap murid yang dibuat penilaian..pemerhatian dalam pelbagai aspek tau....

B) Pengamatan
Janet W.Learner (1971) Children With Learning Disabilities mengatakan bahawa Pengamatan adalah satu proses untuk kenalpasti maklumat daripada tindak balas pancaindera dengan bantuan kuasa intelek....ahhhhhh..lagu mano pulok tuh......dok pehe lah mano la kito kato2 Janet ni..haha...demo paham2kan sendiri la ye...hik3

Pengamatan ni ado 3 iaitu Pengamatan Penglihatan, Pengamatan Pendengaran and last sekali Pengamatan Sensori Motor

Penglihatan
  • Diskriminasi = ketidakbolehan membezakan bentuk, saiz, warna, huruf, nombor dan perkataan.
  • Ingat kembali  = ketidakbolehan mengingat kembali apa yang diamati...
  • Orentasi Kedudukan = ketidakbolehan membeza kedudukan sesuatu bentuk, huruf dan nombor...
  • Turutan = ketidakbolehan mengingati sesuatu mengikut susunan seperti susunan huruf2 dalam perkataan.
  • Menyudah & Melengkap = ketidakbolehan mengenal sesuatu benda@objek, nombor, perkataan dan ayat..
  • Menyalin = ketidakbolehan menyalin sesuatu bentuk, huruf, nombor, perkataan dan ayat..
  • Rajah Latar Belakang = ketidakbolehan menentukan..
  • Pertalian Jarak/Ruang = ketidakbolehan mengagak sesuatu saiz, jarak kiri dan kanan serta hubungan antara satu objek dengan objek yang lain..
  • Gambar Bersiri
  • Pembalikan
  • Mazing@Cari Jalan Keluar
Pendengaran 
  • Diskriminasi = x ingat bunyi2 yang didengar, x boleh kenal arah bunyi (jauh or dekat), x boleh mengulang corak bunyi dan turutannya.
Sensori Motor
  • Motor Kasar = x boleh dalam pergerakan badan secara automatis...errrkkk....dok tahu nok hurai wei..haha....mohon share ye kalau spe2 paham....
Punca2 berlakunya ketidakbolehan dalam Pengamatan ini ialah pertama Faktor Internal.....faktor ni lebih kepada minat or kecenderungan yang kurang and also kerosakan pada pendengaran or penglihatan...Faktor kedua pulak ialah Faktor External......somethings like kurang pendedahan, kurang rangsangan and persekitaran jugak.....

Ciri2 person yang mengalami kesukaran pengamatan.....haaaa...let's see ape tanda2 org ade problem dlm pengamatan nih...
  • cpt lupa
  • buat keputusan terburu-buru
  • lemah koordinasi motor mata dan tangan...
  • sukar memamahi undang2/peraturan permainan
  • kesukaran mengaitkan pengalaman dengan situasi baru...
  • lambat menyelesaikan kerja...


YEAHHHH...rasanya dah habis dah nota2 ni....Hope this note membantu Awok2 sekalian dalam mencari maklumat mengenai pentaksiran pendidikan khas....sebarang penambahan amat..amat..amat dialu-alukan.......

Akhir kata..bye2..Asslm..jgn lupa FOLLOW Blog Saya deh..hik3 ^_^





12 comments:

  1. x abis lagi notanyer.... :)

    ReplyDelete
  2. Hahaha. X smpt. Insyaallah update dlm masa trdekat

    ReplyDelete
  3. Nota yang amat membantukan, tetapi kalau dalam satu bahasa sahaja akan lebih baik.

    ReplyDelete
  4. bagus nota ni.. tapi jika disertakan dgn rujukan lagi bagus.. terima kasih mohd nadzim bakri

    ReplyDelete
  5. nota yang membantu.. tetapi masih boleh diubah kepada bentuk yang lebih ilmiah untuk memudahkan para pembaca memahami input yang dikongsi.

    ReplyDelete
  6. sangat sangat membantu untuk memahami tajuk ni dgn lebih mendalam. penggunaan bahasa yang santai, mudah untuk difahami. =D

    ReplyDelete
  7. Great, bhs sempoi baru fhm

    ReplyDelete