Wednesday 20 June 2012

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI (KKE)

1.0 EMOSI POSITIF
  • Dihargai
  • Optimistik
  • Gembira
  • Rasa Bangga
  • Berilmu
  • Jujur
  • Sabar
  • dan lain-lain (pikir sendiri la cik kak oi)

2.0 EMOSI NEGATIF

  • Terbiar
  • Iri Hati
  • Kebencian
  • Kepahitan
  • Ketakutan
  • Keraguan
  • Cemas
  • Terkejut
  • Kekesalan
  • Bersangka Buruk
  • Busuk Hati
3.0 KOMPONEN KECERGASAN EMOSI

Kompetensi kecergasan emosi boleh diklasifikasikan dalam dua komponen yang utama, iaitu komponen kompetensi personal dan komponen kompetensi sosial.

3.1 Komponen Kompetensi Personal
Sebagaimana yang kita ketahui, Kompetensi Personal merangkumi 
dua komponen utama, iaitu Komponen Kesedaran Emosi Kendiri 
dan Komponen Pengurusan Emosi Kendiri.
a. Komponen Kesedaran Emosi Kendiri
    Terbahagi kepada 5 komponen kecil iaitu:       
   
Kompetensi Kesedaran
Emosi Kendiri
Ciri-Ciri Individu Yang Memiliki Kompetensi Emosi Kendiri
Kesedaran Emosi Kendiri
  • Sedar emosi dan mengenal cirri dan kesannya.
  • Sedar emosi diri yang dikaitkan dengan perasaan, pemikiran, tindak balas, tingkah laku dan pertuturan.
  • Sedar bagaimana emosinya mempengaruhi personaliti dan tingkah lakunya.
  • Sedar ciri emosinya adalah berkait rapat dengan ciri sahsiahnya.
Kesedaran Ketepatan Kendiri
  • Berani mempertahankan hakikat yang benar.
  • Berupaya membuat keputusan tepat.
  • Mempunyai kemahiran berfikir.
Keyakinan Kendiri
  • Mempunyai tahap kesedaran yang tinggi terhadap nilai dan matlamat hidup.
  • Sedar kekuatan dan kelemahan diri.
  • Bersikap hati terbuka.
  • Berkeyakinan, berketerampilan.
Penghormatan Kendiri
  • Sering menggunakan pemikiran reflektif untuk menambahbaik prestasi diri.
  • Memiliki penghargaan kendiri positif.
Kesejahteraan Kendiri
  • Sering riang, gembira dan optimistik.
  • Keceriaan dan optimistik.
        
b. Komponen Pengurusan Emosi Kendiri
    Terbahagi kepada 8 komponen kecil iaitu:

Kompetensi Pengurusan
Emosi Kendiri
Ciri-Ciri Individu Yang Memiliki Kompetensi Pengurusan Emosi Kendiri
Kawalan emosi kendiri
  • Dapat mengawal emosi dan perasaan yang distruktif.
  • Tenang menghadapi tekanan.
  • Boleh membuat keputusan yang wajar dalam situasi tekanan.
Kebolehsuaian
  •  Mempunyai ciri fleksibel.
  • Boleh menangani perubahan.
  • Boleh adaptasi dengan keadaan yang sering berubah.
Kebolehpercayaan
  • Ada nilai jujur, amanah dan bertanggungjawab.
  • Menepati janji.
  • Bertindak mengikut peraturan.
Ketekunan
  • Ada sifat berdedikasi.
  • Keseronokkan dan kekusyukkan bekerja.
  • Membuat kerja dengan bersungguh-sungguh.
Inovatif
  • Kerap menggunakan pemikiran secara kritis dan kreatif.
  • Berani dan gemar mencuba perkara baru.
  • Tidak takut pada kegagalan.
Optimistik
  • Mempunyai konsep kendiri positif.
  • Mempunyai konsep penghargaan kendiri yang tinggi.
  • Melihat halangan sebagai cabaran
Inisiatif
  • Bersikap dan berfikiran positif
  • Mempunyai bakat memimpin.
  • Bersedia merebut peluang yang akan datang.
Berorentasikan pencapaian
  • Motivasi intrinsik kuat.
  • Mengamal pembelajaran sepanjang hajat.
  • Kebolehan dalam melaksanakan tugas dengan sempurna.


3.1 Komponen Kompetensi Sosial
Seperti Kompetensi Personal, Kompetensi Sosial juga terbahagi 
kepada dua komponen utama iaitu Komponen Kesedaran Sosial 
dan Komponen Kemahiran Sosial.
a. Komponen Kesedaran Sosial:
Empati 
Kebolehan membayang dan menghayati emosi perasaan orang lain (kemahiran asas manusia).
Orang yang menguasai kemahiran ini dapat mewujudkan suasana harmoni dalam interaksi sosial.
Berupaya membaca emosi orang lain, sering menumpu perhatian mendengar, prihatin dan memahami perasaan dan keperluan orang lain.
              
Mengembangkan Orang Lain
 Bermaksud rela dan berupaya membantu dan berupaya membantu dan menggalakkan meningkatkan prestasi mereka 

Kesedaran Organisasi 
Bererti kecekapan membaca arus emosi ahli-ahli dalam organisasi yang terlibat.
- Peka terhadap arus emosi ahli-ahli yang mempengaruhi operasi organisasi, dapat mengesan dengan tepat hubungan asas dan kuasa antara ahli-ahli dalam organisasi, mengesan dengan tepat jaringan-jaringan sosial dan mesra antara ahli-ahli organisasi

Berorentasi Perkhidmatan 
Bermakna kecekapan mengenali, menjangka dan memenuhi hasrat dan keperluan orang lain, sama ada keluarga, sahabat, masyarakat atau negara.

     Melayani kepelbagaian 
-  - Bererti keupayaan melayani kepelbagaian orang tanpa mengira keturunan, jantina, kedudukan, status ekonomi-sosial, agama.
Individu yang mempunyai kompetensi ini, biasanya menghormati orang daripada pelbagai latar belakang, bergaul mesra dengan pelbagai ragam manusia, fleksibel dan keadilan.
  
b. Komponen Kemahiran Sosial:

Komunikasi 
Boleh diertikan sebagai satu proses penyampaian atau pertukaran  maklumat di antara dua individu, atau antara seorang individu dengan sekumpulan orang (interaksi sosial dalam kalangan orang melalui aktiviti pemindahan mesej secara lisan).
- Orang yang mempunyai kemahiran ini, biasanya berupaya bertutur atau menulis dengan jelas dan tepat, mahir dalam menggunakan (body language), cekap menjalin hubungan mesra dan berkepimpinan.

Pengaruh 
- Bererti menggunakan teknik yang berkesan untuk mendapat penerimaan, kepercayaan dan keyakinan orang lain.
- Individu yang mempunyai pengaruh, biasanya memiliki kemahiran berkomunikasi dan kemahiran memimpin, cekap membuat persembahan dengan kemampuan  menarik perhatian orang lain dan boleh memberi demonstrasi dengan berkesan dan berorentasikan pencapaian.

Pemangkin Perubahan 
Merupakan katalis sesuatu jenis unsur yang berupaya mempercepatkan proses atau urusan. Maka, kemahiran pemangkin perubahan bererti keupayaan menggerak dan mempercepat proses perubahan.
Individu yang mempunyai kemahiran pemangkin perubahan biasanya peka akan keperluan untuk berubah, sanggup menjadi agen perubahan dan mempunyai kemahiran inovasi.

Pengurusan Konflik 
Konflik merupakan salah satu kehidupan dalam organisasi, dan kerap kali berlaku dalam individu sendiri, antara individu, individu dengan kumpulan dan kumpulan dengan kumpulan.
- Kemahiran ini bermaksud kemahiran berunding untuk menyelesaikan perselisihan dalam kumpulan sosial.
- Orang yang mempunyai kemahiran ini, biasanya mempunyai cirri diplomasi, boleh memikir secara kritis dan logikal, mahir memudahcara, bertolak ansur serta berupaya membaca situasi penyelesaian yang memuaskan.

Membina Hubungan 
Merujuk kepada kemahiran komunikasi interpersonal dalam aktiviti sosial.
- Berkait rapat dengan popularity atau kualiti disanjungi, kepimpinan dan kecergasan interpersonal.

Kepimpinan Beraspirasi 
-Bererti kemahiran memimpin yang memberi inspirasi kepada ahli-ahli dalam organisasinya.
- Terdiri daripada orang berpengalaman, berilmu pengetahuan dan berkemahiran, mempunyai sikap proaktif dan nilai peribadi yang murni.

  Kerja Berpasukan dan Berkolaberasi 
Bererti kemahiran yang menyatu-padukan tenaga-tenaga pekerja sebagai satu unit yang erat dan bekerjasama mencapai matlamat yang dipersetujui.
- Individu yang mempunyai kemahiran ini biasanya, berupaya memimpin, cekap berkomunikasi dan mahir menjalin hubungan interpersonal.


8 comments:

  1. terima kasih di ats entri anda.. selamat menulis.. teruskan usaha anda untuk menyebarkan ilmu menerusi penulisan blog.. :)

    ReplyDelete
  2. Terkejut pabila melihat ade org comment blog sya ni...
    sama2 serikandi umar...saya akan cuba menyebarkan ilmu yang berguna kepada pembaca di luar sana..Insyallah

    ReplyDelete
  3. terima kasih :) memg tgah mencari maklumat ni ..

    ReplyDelete
  4. Semoga hasrat murni untuk menjadi guru terbaik kepada kanak-kanak khas akan mendapat keberkatan Nya. Amin.
    Saya Bangga Menjadi Guru

    ReplyDelete
  5. Madam Zuely rupanya...hai puan... :)

    ReplyDelete
  6. terbaekkkk lahhh...ad sda cntoh smple esaigmen wakwakwkaw...

    ReplyDelete
  7. Aok bah Siti Normarni. Sem lepas ambik KKE kan? Kalau sy masih ada kat situ, mesti sy yg akan bersama kelas awk tu.

    ReplyDelete